Saturday, March 21, 2015

Tuesday, June 18, 2013

pai epal

BAHAN-BAHAN

Untuk membuat inti

2 biji epal hijau 
2 cawan gula kastor

Untuk membuat kulit

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan buttercup (dipotong dadu dan disimpan di dalam peti sejuk. Dicampur ke dalam adunan sejuk-sejuk)



2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
6-8 sudu teh air ais
1 biji telur kuning - dipukul 


CARA MEMBUAT

Untuk membuat inti

1) Buangkan kulit epal dan bilas epal. Parut epal hingga halus.
2) Masukkan ke dalam kuali beserta gula. Pasangkan api sederhana.
3) Masak sehingga kering sedikit air, tetapi jangan terlalu kering kerana akan menyebabkan jem akan menjadi keras apabila sejuk.

Untuk membuat kulit

1) Ramas dan gaulkan tepung gandum, tepung jagung, garam, gula dan buttercup. Adunan akan menjadi seperti serbuk roti.

2) Masukkan air ais satu sudu, kemudian gaulkan. Masukkan lagi air ais sebanyak satu sudu, gaulkan lagi. Air yang dimasukkan hanyalah sekadar untuk menjadikan adunan doh yang boleh bercantum antara satu sama lain.

3) Air yang dimasukkan terlalu banyak akan mengakibatkan doh menjadi kurang rapuh dan keras. Manakala tempoh menguli yang terlalu lama juga boleh memberi kesan kepada darjah kerapuhan kulit.

4) Letakkan adunan di atas meja dan tekan dengan tapak tangan.

5) Masukkan dalam plastik dan tekan-tekan lagi.

6) Simpan dalam peti sejuk, sekurang-kurangnya satu jam. Dan maksimum 2 hari.

7) Bentukkan bulat-bulat dan canaikan kedalam bekas pembakar. Masukkan tat jem epal ke dalamnya dan tutupkan. Masukkan semula ke dalam peti sejuk kira-kira 30 minit.

8) Sapukan telur kuning pada permukaan pai dan bakar sehingga kekuningan.




http://hayatunalillahi.blogspot.com

Sunday, June 16, 2013

Bahan2 Gula Hangus
(Buat yg ni dulu sblm bancuh adunan)
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega
Cara:
Masukkan gula dlm kuali atau periuk.
Bukak api sederhana kecil...
Sentiasa kacau2 gula sampai larut, sampai warna jadi keemasan macam madu..
Kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik.
Nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula yang hangit.

Pastu, dgn langkah kuda2..masukkan air panas dlm gula td...
AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2 sbb gula tu mcm meletup2 skit nanti...
Pastu gula td akan jd cam ketul2 skit bila masuk air... Cairkan semula...
bila dh cair semua, masukkan mentega..biarkan larut...
tutup api dan sejukkan
Bahan lain:
7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/3 tin susu pekat manis disukai ramai
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Cara:
Pukul telur sampai kembang.
(blend pun boleh..guna mixer pun boleh
Pastu masukkan susu pekat, kasi blend lagi sampai sebati.
Masukkan pulak esen vanila
 

Ayak tpg gandum + soda + baking powder
Masukkan dlm adunan..teruskan blend
last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td... blend lagi!
Bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius.
5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah
Kalo kek lom masak, tambah 5 mnt lg
Biarkan sejuk sblm potong
Nota Cida : utk dapatkan potongan yg cantik dan berlubang, belah kek di tgh, kemudian tgk arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut.
resepi dr DARI DAPUR MADIHAA

Tuesday, May 28, 2013

kembali

assalamualaikum
dh lama rasa ny x mengepost ..
tahun nie tahun ke 17 usia perkahwinan..sekian lama itulah jugak 
aku x pernah mimpi kn dia..
semenjak aku duduk berasingan 2 tahun nie.. 2 kali aku mimpi kn dia..
entah knp aku pn x tahu..siap peluk cium lg sambil d perehati kn oleh 
isteri ny..selama ini jugak lah aku sikit pn x merindui dia..aku dh x 
kisah..aku bahagia sekarang bersama anak2..
aku dpt tau.. isteri ny pula menyusul setelah aku pindah setahun..
knp mesti ikut pindah ke sini..dh x de tempat lain ke nk pegi
walaupn bkn kawasan yg sana..tapi bandar yg sama
kat situ lah aku  membeli barang2 keperluan
dekat situ jugak dia membeli..
pendek kata kat mn  ada aku..kat situ lah ada dia..
"KENAPA"..
 x pernah tegur aku pn..
ape lg bersembang..
perangai dia nk kategori ape ye
x berubah dr dulu sampai sekarang..
dia nie org yg berpelajaran mestilah bijak kn!!!
tapi  x cerdik..x boleh nk fikir mn  baik n buruk..
"SAMPAI BILA"  dugaan ini hanya ALLAH yg tahu..



Wednesday, March 27, 2013

kuih lapis

Kuih Lapis
Oleh:Suriani Osman
cc : www.facebook.com/bukuresepi 

Bahan-bahan:-

2cwn tpung beras
1cwn tpung ubi
1cwn gula
5 cawan santan
sedikit garam
1 sudu teh esen rose
pewarna merah

Cara-caranya:-

1. Blendkan semua bahan.
2. Tapiskan dan bahagian kepada 2 bahagian.
3. 1 bahagian warnakan merah dan 1 bahagian biarkan putih.
4. Lapiskan satu2..kukus lebih kurang 5 minit setiap satu

Monday, March 25, 2013

kek pisang kukus

KEK PISANG ( KUKUS )
Oleh: Puspa Lie

2 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
(diayak bersama)

3 biji telur
secawan pisang masak yg telah dilecek
3/4 cwn minyak masak @ minyak jagung
3/4 cawan gula (boleh dikurangkan mengikut rasa)
pewarna kuning
esen pisang cara putar telur hingga kembang..masukkan gula, pisang & minyak..bila dah sebati masukkan pewarna kuning n esen pisang..masukkan tepung gandum yg dah diayak bersama baking powder n soda bikarbonat ..putar hingga sebati...masukkan dalam loyang yg telah disapu sikit minyak @ majerin & kukus selama 45 minit..jika menggunakan acuan lompang 15 - 20 minit..