Thursday, December 27, 2012

sms

26.12.2012
sent items
1-assalam..nk tya abah..sblm
bkk sek blk x
26-dec-2012
08:50:14am

inbox
wsalam..x pasT lg n klu
dpt blk pn mgkin 1 ari je tu x
pasT bila lg taP sblum buka sekolah
la..nape ye..
26-dec-2012
12:21:32pm

sent items
2-x de ape..knp 1 hari je
26-dec-2012
12:21:35pm

inbox
..mgkin x sempat lbih dr tu
kot sbb ade bbrape mslh perlu 
selesaikn  sblum buka sek nie
26-dec-2012
12:25:08pm

sent items
3-nape skrg..klu bk je 1 mlm..
dh x ingat ank2 kt sini ke(pudar)..
1 hari sempat ke nk smbg ngan anak2
bila masa nk manja n mesra ngan anak2
26-dec 2012
12:40:49pm

inbox
..sjumlh $ abg bank in utk bonus
tahun nie..abg ade bbrape mslh yg perlu
 Dselesaikn sblum thn depan..
26-dec-2012
09:24:33pm

sent items
4-tq..apa masalah
 tu sampai x de masa..
26-dec-2012
09:29:35pm

x de sms masuk inbox
(x de jwb)

aku hantar sms lg hari nie
27-12-2012

abah,ibu rasa x payah blk klu buat masa nie
terlalu sibuk @ x de masa..selesai kn
dulu masalah abah tu..biar ibu kat sini
urus kn anak3..lg pn abah dh didik
ibu utk berdikari..abah bank in $ utk
ibu beli keperluan sek..
27-dec-2012
06:15:42pm

x de sms masuk inbox
(x de jwb)






Tuesday, December 25, 2012

DAUN KADUK @ SAYANGI DIRI & KELUARGA ANDA!!!!

KADUK atau nama saintifiknya Piper Sarmentosum telah di kategorikan sebagai pokok herba berguna untuk kesihatan manusia.
Ini di sahkan oleh Institut Kajian Hutan Malaysia (FRIM)
Hasil kajian saintifik menunjukkan, daun kaduk kaya dengan naringenin DAN mampuIa mampu meningkatkan superoxide scavenging activity.

Dianggarkan juga, daun kaduk mempunyai vitamin C yang tinggi. Ia amat diperlukan badan untuk melawan penyakit selsema dan juga memperbaiki sel-sel badan yang rosak. Selain itu, ia juga mempunyai mineral-mineral penting seperti kalsium (Ca), fosforus (P) dan besi (Fe) yang tinggi. Kandungan kimia dalam daun kaduk ini membantu pembentukan tulang yang sihat termasuklah gigi.


Fungsi Daun Kaduk :-
1) Aantioksidan yang tinggi ~ dan diklasifikasikan sebagai makanan yang kaya dengan unsur antioksida.
2) Meningkatkan keimunan tubuh untuk menghalang aktiviti bebas radikal tubuh dengan menyeimbangkan tahap oxidative stress.
3) membekalkan tenaga dapat membantu kecergasan
4) melawan aktiviti bebas radikal tubuh.
5) meningkatkan sistem ketahanan badan melawan penyakit dan juga untuk memperbaiki sel-sel badan yang rosak.


Perubatan Traditional :-
1) Sebagai herba yang mampu menyembuhkan diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah sendi
2) Merawat ~ serangan cacing, penyembuh penyakit kulit seperti panau dan kurap
sakit tulang,sembelit,sakit gigi,batuk dan merawat pesakit malaria..

RUMUSAN drp DAUN KADUK :-
-SIHAT@ LUAR & DALAM
-MUDA @ JELITA
-MENAMBAH NILAI DIRI & KEHIDUPAN BERSAMA......




untuk mengetahui lebih lanjut info..
Nor Azizah Awang- http://www.facebook.com/norazizah.awang?fref=ts

Friday, December 21, 2012

gaya2 kucing tido waktu hujan...

4 ekor kucing

hitam nie nm ny gel (girl)..gelap..

gaya tersendiri..olen

nie pulak nm ny lala


lala patah 2 btg gigi ny..cian..

tom..cara tido bulat..

nampak tak?? gigi lala yg rongak..hehe


kucing2 pun sama hebat "lending" nye.. huhu..

Monday, December 17, 2012

Resipi : Lala ketuk serai

LALA KETUK SERAI - oleh CHEF SAUGIE HUSSAIN

BAHAN-BAHAN:
300 gram Lala
5 ulas Bawang putih dimayang
1 labu Bawang Besar dimayang
1 inci Halia di mayang
3 Batang serai diketuk
½ sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
5 tangkai cili padi
3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Masuk kan kesemua bahan kedalam periuk. Renih sehingga Lala masak.
2.Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
3.Angkat dan hidangkan.


Photo: Jom cuba resipi Lala Ketuk Serai.. Hidangan ringkas dan sedap ini dikongsikan oleh Chef Saugie yang memang pakar dalam hidangan Ala Melayu. Beliau yang pernah berkhidmat sebagai 'Malay Chef' di beberapa hotel terkemuka, kini berkhidmat dengan Petronas sebagai Head Chef atas kapal pula..cool!

LALA KETUK SERAI - oleh CHEF SAUGIE HUSSAIN
(disiarkan dalam Saji edisi Januari 2012)

BAHAN-BAHAN:
300 gram  Lala
5 ulas Bawang putih dimayang
1 labu Bawang Besar dimayang
1 inci Halia di mayang
3 Batang serai diketuk
½ sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
5 tangkai cili padi
3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Masuk kan kesemua bahan kedalam periuk. Renih sehingga Lala masak.
2.Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
3.Angkat dan hidangkan.


Terima kasih atas resipi.

https://www.facebook.com/majalah.saji

Resipi : Kek gula hangus

BAHAN-BAHAN:
1½ cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas – jadikan gula hangus
2 biji telur
½ cawan minyak jagung
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil soda bikarbonat

CARA MENYEDIAKAN:
1.Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air. Sejukkan.
2.Satukan telur, susu, minyak dan marjerin di dalam mesin pengisar. Kisar selama 2 minit.
3.Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat. Kisar lagi.
4.Masukkan tepung dan kisar lagi hingga sebati.
5.Tuangkan adunan ke dalam loyang. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang disapukan dengan sedikit minyak. Kukus selama 40 minit hingga 45 minit. Angkat dan hidangkan.


Photo: RESIPI PILIHAN:
Kek gula hangus atau juga dikenali sebagai kek sarang lebah atau sarang semut. Sesuai dimakan untuk sarapan pagi atau minum petang. Jom buat! :)

KEK GULA HANGUS 
Resipi : Tower Regency Hotel & Apartments
(disiarkan dalam SAJI Edisi Januari 2012)

BAHAN-BAHAN:
1½  cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas – jadikan gula hangus
2 biji telur
½ cawan minyak jagung
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil soda bikarbonat

CARA MENYEDIAKAN:
1.Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air. Sejukkan.
2.Satukan telur, susu, minyak dan marjerin di dalam  mesin pengisar. Kisar selama 2 minit.
3.Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat. Kisar lagi.
4.Masukkan tepung dan kisar lagi hingga sebati.
5.Tuangkan adunan ke dalam loyang. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang disapukan dengan sedikit minyak. Kukus selama 40 minit hingga 45 minit. Angkat dan hidangkan.

atau


BAHAN A
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sudu besar mentega

BAHAN B
4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu esen vanilla

CARA2 NYE:
cairkan gule dlm periuk sampai cairlah!! then letak air panas sikit2 sampai la gule tu jadi wane perang!
then..cairkan mentega tadi dlm periuk yg same...
so..bahan A kite dah siap lah...
wahhhh..excitedddd nyeee....

sekarang sediakan blender!
ye! blender ye...xyah la susah2 kuarkan korang nye pemutar n ape2 la yg canggih...
dlm blender...bersih!
4 biji telur dipecahkan!! pressss..zzzzzzzz
then...letak susu pekat..zzzzzzz
tepungggg + soda bikarbonat!! haiyakkkk!!!
esen vanilla..tap..tap..tap...
akhir sekali....
tuangkan aje bahan A kite tadi ye!!
hurmmm....presss la ape lagi!!
kemudian...perap kan korg nye bater ni selama 3-4 jam..
nak kukus terus pown boleh...
tapi x jadi ar lobang2 tuh..
x lawa!

bile dah perap..kukus 1 jam!!
senang sangat!!!
SELAMAT MENCUBE!!


Diambil dari Page Majalah Saji (Facebook) dan 
blog.. Terima kasih..

http://lookslikelittlebride.blogspot.com/2011/01/kek-gule-hangus-emak.html
https://www.facebook.com/majalah.saji

Friday, December 14, 2012

Lepas ni tengok gelagat kucing pulak ye






nie cuma kucing2 copy dr fb
pas nie kucing2 sy pulak ye..

hobi baru anak anak

sangkar hamster yg 1

ke 2

sepasang hamster tidur gaya tersendiri

lena dlm roda  olen

tido tergantung ..kepala d bwh dkt gelongsor

lena d ulit intan

d sebalik papan gelngsor..ternmpk gigi 2 btg..heheh

mata terbuka d kala mimpi indah

Thursday, December 6, 2012

doa2



1.Doa Agar Anak Cepat Cerdik :SURAH AL-ANBIYA' AYAT 79.
2.Doa Agar Anak Taat Pada Allah : AL-BAQARAH AYAT 128.
3.Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh : ALI IMRAN AYAT 38.

4. Doa Lembut Hati : SURAH AN-NAMLI AYAT 30-31.
5. Doa Kasih Sayang Suami Isteri Bahagia : SURAH AL-FURQAN AYAT 74 & ALI IMRAN AYAT 31.

Monday, December 3, 2012

10 kesalahan popular suami kepada isteri


1. Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri
Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie & tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak & menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.
Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan” {Al-Quran, Surah At-Tahrim:6}
Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengABAIkan hal ini, kerana semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dsb.. (yang paling praktikal.. ajaklah solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid misalnya)
2. Suka Mencari Kekurangan & Kesalahan Isteri
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati berbagai kekurangan isteri & cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar & menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya.Kerana suami juga mempunyai kekurangan & celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}

3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:
(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}
(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}
(c) Memukul wajah, mencela dan menghina.
Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi s.a.w menjawab:
“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani}
4. Culas Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” {Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233}
Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}
5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri

Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}
Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.

6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga
Ini kesalahan yang paling banyak MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.
Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}
7. Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya
“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim}
Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.
8. Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri
Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau & isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh keranyalah Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dsb. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda:
“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” {H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani}
Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yg ditimbulkan dikemudian hari kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” {H.R. Muslim}
9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at
Menikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama & anak-anaknya.
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa : 3}
Sikap ini merupakan KEADILAN yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik & tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak & menambah permasalahan keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya & perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk ke’dalam’nya.
10. Lemahnya Kecemburuan
Para suami memBIARkan keelokan, keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai orang. Dia memBIARkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan sebahagian ada yang BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia, sehingga keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja tidak sesekali di’jaja’ kemana-mana pun.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.
“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” {lihat dalam ash-Shahihah : 226}
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}
Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):
“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}
Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

Thursday, November 29, 2012

bangunan




bangunan  tertinggi malaysia


burj khalifa,dubai


bakal menjadi bangunan tertinggi dunia
sky city,china


teringin nk beli tapi x de duit..

http://1.bp.blogspot.com/-Uf9mwH9WzRQ/T37YWY0TDgI/AAAAAAAABc0/A7fVxngk6Yo/s1600/vitC%252Bcollagen-rizibiz.jpg

SET RAWATAN PENCERAHAN & AWET MUDA
Set ini membantu mencerah secara berperingkat, menghilangkan jerawat, jeragat, bintik hitam, parut dan kulit berminyak tanpa penglupasan. Kulit lebih halus, licin, cantik dan berseri seawal 7 hari. Extra vit c & collagen.
Set Mengandungi :
  • Herbal Whitening Soap + Collagen (45gm /RM16.00) : Membantu membersih dgn mendalam, menanggalkan solekan, merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat , resdung, berminyak, kusam, kering, pori terbuka, garis halus dan parut seterusnya melembab, mencerah, menganjal dan menegangkan kulit. Penggunaan berterusan membantu meneutralkan PH kulit., menjadikan kulit lebih cerah, gebu, halus, licin, sekata dan berseri.
  • Vita C Multi Toner (30ml/RM18.00) : embantu mengecilkan liang roma, menganjalkan kulit, mengawal penghasilan sebum, melambatkan tanda penuaan dan menyingkirkan bakteria. Penggunaan secara teratur membantu mengeringkan jerawat dengan pantas dan mengatasi masalah Zon T yang berminyak.
  • Sunblock Silky Day Cream (6gm/RM28.00) : Dgn spf 30 bertindak membeeri perlindungan kepada kulit daripada sinaran ultra UV-A dan UV-B. Mengandungi ekstrak sutera dan mutiara untuk membantu memberi kelembapan dan menjadikan kulit tidak berminyak. Penggunaan berterusan membantu mengatasi masalah kulit. Mengurangkan kesan merah yang berpunca drpd kulit sensetif seterusnya menjadikan kulit lebih cerah, gebu, dan berseri.
  • Collagen Whitening Night Cream (6gm /RM28.00) : Dirumus khas drpd ektrak herba terpilih bagi membantu mengatasi kulit sprt jerawat, jeragat, berminyak, bintik hitam, pigmentasi, kusam, parut, pori terbuka, dan garis halus tanpa penglupasan. Penggunaan berterusan dapat dilihat dalam masa beberapa minggu menjadikan kulit lebih cerah, halus, licin dan berseri

Wednesday, November 28, 2012

masak

hari ni ade pasar kamis..x pegi pn..x de duit..sume barang dapur 
habis..nk beli x de duit..pg ni sarapan nasi goreng kangkung je n 
air kopi..




Bahan2 nasi  goreng;


beras


bawang kecil


kangkung


cili api


bawang putih


garam


minyak masak

Bahan2 kopi 'O'


serbuk kopi
( kopi kegemaranku.. Terbaeekkk~ dri 
Teluk Intan ..)


Gula pasir


air panas

ok dh sedia sume bahan2 tadi boleh la cuba utk memasak