Tuesday, June 18, 2013

pai epal

BAHAN-BAHAN

Untuk membuat inti

2 biji epal hijau 
2 cawan gula kastor

Untuk membuat kulit

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan buttercup (dipotong dadu dan disimpan di dalam peti sejuk. Dicampur ke dalam adunan sejuk-sejuk)



2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
6-8 sudu teh air ais
1 biji telur kuning - dipukul 


CARA MEMBUAT

Untuk membuat inti

1) Buangkan kulit epal dan bilas epal. Parut epal hingga halus.
2) Masukkan ke dalam kuali beserta gula. Pasangkan api sederhana.
3) Masak sehingga kering sedikit air, tetapi jangan terlalu kering kerana akan menyebabkan jem akan menjadi keras apabila sejuk.

Untuk membuat kulit

1) Ramas dan gaulkan tepung gandum, tepung jagung, garam, gula dan buttercup. Adunan akan menjadi seperti serbuk roti.

2) Masukkan air ais satu sudu, kemudian gaulkan. Masukkan lagi air ais sebanyak satu sudu, gaulkan lagi. Air yang dimasukkan hanyalah sekadar untuk menjadikan adunan doh yang boleh bercantum antara satu sama lain.

3) Air yang dimasukkan terlalu banyak akan mengakibatkan doh menjadi kurang rapuh dan keras. Manakala tempoh menguli yang terlalu lama juga boleh memberi kesan kepada darjah kerapuhan kulit.

4) Letakkan adunan di atas meja dan tekan dengan tapak tangan.

5) Masukkan dalam plastik dan tekan-tekan lagi.

6) Simpan dalam peti sejuk, sekurang-kurangnya satu jam. Dan maksimum 2 hari.

7) Bentukkan bulat-bulat dan canaikan kedalam bekas pembakar. Masukkan tat jem epal ke dalamnya dan tutupkan. Masukkan semula ke dalam peti sejuk kira-kira 30 minit.

8) Sapukan telur kuning pada permukaan pai dan bakar sehingga kekuningan.




http://hayatunalillahi.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment