Wednesday, November 28, 2012

Kembali..

Dah lame x update blog.. Baru sekarang berkesempatan untuk meng-update.. 
Kite baca entry baru kat bwh ni..


Benarkah Bumi Akan Bergelap 23 Disember Ini?


Benarkah Bumi Akan Bergelap 23 Disember Ini? | Kini heboh diperkatakan bahawa bumi bakal bergelap pada 23 Disember ini. Pelbagai dakwaan tidak benar timbul. Samalah seperti timbulnya spekulasi tentang bahawa dunia akan kiamat pada tahun 2012. Isu ini telah membawakan kepada pendedahan sebuah filem yang bertajuk 2012 yang mempaparkan kehancuran bumi ketika ia berlaku. Namun persoalannya, benarkah bumi ini bakal bergelap?
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) semalam menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.
Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan di sini semalam.
Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.
Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap.
Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.
“Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi,” menurut agensi itu. 

0 comments:

Post a Comment