Thursday, April 26, 2012

GEN Y..

Gen-Y
Oh..ini rupanya maksud gen-y itu..maknanya adalah generasi why..ataupun..generasi sekarang yang gemar bertanya..kenapa begitu?kenapa begini?Gen-Y ini adalah diberikan kepada generasi yang lahir pada tahun 1980 dan ke atas..generasi yang kebanyakan mereka dinilai kecemerlangannya adalah berdasarkan berapa bilangan A yang diperoleh

budak sekolah yg kurang ajar..

tengahari tadi mcm biasa aku ambik anak sekolah..ade sedikit kekecohan dpn pintu pagar sekolah..pertelingkahan berlaku antara pak gad n budak sek..aku x perasan..tiba2 2 org budak paking dpn keta aku d ikuti pak gad dr belakang..masing2 muka x puas ati je ..mula2 3 org je..sekelip mata dh jadi 1 kumpulan  yg menakut kn..sbnr ny aku x tau ape punca..yg aku dgr pak gad ckp "ape ko ckp tadi"budak tu tunduk je..bila kwn2 dia dtg terus berani angkat muka..salah sorang kwn ny ckp cam nie "dh la bodoh sombong pulak tu"..dia ckp kat pak gad..x de adab betul budak tu ckp ngan orang yg lebih tua..aku bkn nk kata n kutuk mcm mn la org tua ny mengajar dia..aku pn ade anak jugak..takut rasa ny bila tengok keadaan cam tu..
sekarang anak2 perlu kn lebih perhatian dr kedua ibubapa..
pak gad tu aku kenal..muda setahun dr aku..nm ny khairi..anak saudara rozita kwn sekolah dulu..

Monday, April 23, 2012

kentang putar n sos

Kentang putar dan sos


Bahan-bahan

  • Bahan A untuk kentang putar. 5 biji kentang dibuang kulit dan dipotong 4 Sedikit lada hitam(kalu nk pedas bubuh la lebih) Garam secukup rasa 1 sudu susu pekat manis Bahan B UNTUK SOS. 4 sudu besar tepung gandum. 5 sudu besar mentega. Sedikit lada

Cara-cara

  1.  Rebus kentang sehingga empuk masuk kan garam sedikit. 1. Tos kan air dam lenyekkan, guna hand mixer putar kentang sehingga halus.masuk kan lada hitam dan susu.
  2. Kentang dah siap...untuk sos pulak.. 1.rebus bawang merah,lobak merah dan kiub ayam dalam 10 minit, 2.tos kan air rebusan td. 3.masuk kan mentega kedlm kuali dgn api yg kecil,kemudian msk kan tepung gandum,kacau jgn bergentel,. 4.masuk kan air rebusan td,bersama lada hitam,sos tiram dan beberapa titil kicap pekat.kacau2 dan dah siap

Sunday, April 22, 2012

ceria 2..

pg tadi lepas hantar anak sek..dlm perjalanan blk..aku nampak kwn sekolah p keje..aku follow je..aku x pasti dia perasan aku ke x kat blkg..ingat kn kalu kete dia berenti nk jugak aku tya kbr..nie sebalik ny..x pe la..cukup 20 thn aku x pernah jumpa dia.. putus hubungan terus lepas sekolah..aku follow dia sampai nk masuk simpang  umah aku..mungkin dia dh lupa kat aku agak ny..aku jer yg terhegeh2 persan nk tya kbr..

damai

menarik

pelik

Batang pokok betik berwajah manusia


MD. JUDYAR menunjukkan batang pokok betiknya yang berwajah manusia sedang marah di Pontian, Johor semalam.


PONTIAN - Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.
Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.
Ladang tersebut menjadi lokasi persinggahan Sultan Ibrahim sempena program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan.
Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urus setia program tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika mengunjungi ladang tersebut kelmarin.
"Saya terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk sama-sama melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Saturday, April 21, 2012

kuih tradisional..

kuih talam pandan..
Kuih Talam Pandan

Bahan Lapisan Bawah
1 caw tepung beras
1 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan cair
1 cawan jus pandan & pewarna hijau

Cara
1. Gaul semua bahan, masukkan dalam periuk dan kacau sebentar saja atas api.
2. Masukkan dalam loyang 8 x 8 inci yg telah lapikkan plastik.
3. Kukus sehingga masak [20 minit].

Bahan Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + sket garam

Cara
1. Gaul semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sikit atas api. Kacau rata sekejap saja.
3. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu.
4. Tuangkan perlahan2 keatas lapisan bawah.
5. Kukus sehingga masak [20 minit].
6. Sejukkan betul-betul baru dipotong.
 — with Putri Ida and 14 others.
30 ·  · 

farmville











Friday, April 20, 2012

celaru..

2~3 hari nie aku mcm rindu kat seseorg..tapi kat sape ye..sape yg nk ku rindu..kat SUAMI..kadang2 aku terasa  rindu gak..tapi bila aku teringat balik perbuatan dia rasa rindu aku pudar n hilang ..nk rindu kat kwn..aku x de kwn yg spesial..aku x de tempat nk luah kn perasaan..aku x tau nk sembang ngan sape..setakat biasa2 je..aku nk cari kwn yg boleh d ajak bercerita yg memahami perasaan aku..sekarang kalu on jer fb..aku mesti on chat..mn tau kalu ade kwn2 sekolah dulu  on jugak..tapi setakat ini hampa..

Wednesday, April 18, 2012

kebun sayur

                                                          kucing kat taman belakang rumah..

Sunday, April 15, 2012

happy..

minggu lepas anak balik sekolah bawa khabar gembira..
kini anak ku mendapat tajaan sime darby untuk PMR nnt..
kini hati ny telah terbuka utk mendapat kn sekolah yg lebih bagus..
kini target ny MRSM ,Sekolah sains n asrama penuh..
ibu doa kn yg terbaik nak..
ibu bersyukur kalau cita2 mu tercapai..
ibu gembira kira ny yg d hajati selami ini tercapai..
terus kn usaha mu..
bersama2 berusaha untuk pencapaian yg cemerlang..

Saturday, April 14, 2012

kuih kaswi

kuih kaswi..

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1/2 cawan gula merah
21/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 sudu besar air kapur

cara2..semua bahan2 diatas blend sekali
panas kn pengukus
kukus selama 1/2 jam @ loyang
kukus selama 10~ 15 klu guna acuan keceil

sangat benci pada suami.

Tanda-tanda gangguan

1. Keadaan yang berubah secara cepat seperti rasa cinta kepada marah, suka kepada benci dan sebagainya.

2. Meragui kejujuran pasangan, merasakan ada melakukan kegiatan curang yang berlegar dalam fikiran.

3. Amat sensitive, tidak mahu menerima kesalahannya.

4. Melihat pasangannya berwajah hodoh dan menakutkan.

5. Membenci pasangannya yang meruap-ruap.

6. Marah kepada pasangan semasa berada di rumah tetapi merasa aman dan tenteram bila pasangan tiada disisi. Adakalanya merindui pasangan ini bila berjauhan.

Rawatan

Bacakan kepada pesakit ayat2 berikut:

Surah Al-Fatihah
Surah Al-Baqarah :1-5
Surah Al-Baqarah :102 (7x)
Surah Al-Baqarah : 163-164
Surah Al-Baqarah : 255 (Ayat Kursi)
Surah Al-Baqarah : 285-286
Surah Al-‘Imran :18-19
Surah Al-A’raf : 54-56
Surah Al-A’raf : 117-122
Surah Yunus : 81-82
Surah Thoha : 69
Surah Al-Mukminun : 115-118
Surah As-Shaffat :1-10
Surah Al-Ahqaf : 29-32
Surah Ar-Rahman : 33-36
Surah Al-Hasyr : 21-24
Surah Al-Jin : 1-9
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Falaq
Surah An-Nas

Pesakit perlu melakukan mandian dengan cara membacakan pada sebaldi air: Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 4 Qul. Minum 3 teguk air berkenaan dan buat mandian sebagai bilasan terakhir. Jangan lap air berkenaan, biarkan ia kering secara terus memakai pakaian. Waktu terbaik mandi adalah sebelah petang. Lakukan setiap hari sehingga anda yakin tidak ada gangguan lagi.

Pesakit juga digalakan membaca Al-Baqarah 102 setiap kali lepas solat dan sebelum tidur.

Bagi wanita yang didatangi putaran haid, rakam bacaan di atas untuk didengar atau sekurang-kurang surah As-Shaffaat.

Pesakit juga mestilah berzikir “Lailahaillah wahdahu la syarikalah lahulmulku walahulhamdu wahua ‘ala kulli syaiin qadir” 100x pagi dan petang

Jika anda gagal berzikir, cuba lawan untuk berzikir. Jika gagal juga jumpalah perawat.

resepi kaya

kaya
11/2 cawan gula putih
1 cawan air panas
11/2 cawan santan
3 biji telur
2 sudu tepung jagung+ sedikit air

cara2
masak 1 cawan gula n 1 cawan air
kacau sehingga nampak sedikit pekat
tutup api n letak tepi
telur n 1/2 cawan gula kacau sebati
masuk kn santan
bila dh sebati masuk kn gula yg telah d
masak dengan 1 cawan air tadi
agak2 dh pekat masuk kn tepung jagung
kacau sehingga masak ye..
p/s...masuk kn tepung jagung sikit2 ye
supaya tidak terlalu pekat..
selamat mencuba..


Wednesday, April 11, 2012

doa doa..

http://www.resepirahsiaku.com/2009/09/55-doa-doa-pilihan.html

link untuk mendapat kn doa2..

doa pelembut hati..

SURAH TAHA (AYAT 1- 5) MELEMBUTKAN HATI YANG KERAS DAN SEBAGAI DOA PENDINDING DIRI.



doa lembutkan hati

Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW: "Benar"

Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq! 

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

doa melembutkan hati





Maksudnya:
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat

Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...

Wasallam.

resepi lagi..

bakar jagung

250 gm tepung gandum
180 gm gula
400 ml santan pekat
200 ml air
4 biji telur
1 tin jagung

2 camca mentega d cair kn
sedikit warna kuning
cara2
satu kn semua bahan tadi
kacau sebati
masuk kn jagung
panas kn loyang dlm oven
keluar kn n sapu sedikit majerin
tuang adunan tadi n bakar 180c
bakar selama 40~50 minit
kalau menggunakan acuan kecil bakar selama
15~20 minit..

Sunday, April 8, 2012

Ceria..

pg nie cam biasa aku hantar anak p sekolah..singgah umah adik jap tengok jagung dh tumbuh ke lom..best jagung2 ku dh mula menampak kn daun ny yg pertama..heheh..ade la 10 minit kat situ aku  balik..dlm perjalanan blk x d sangka2 aku ternampak kwn sekolah aku nk p keje  ..pertemuan aku kali ke 3 sejak pindah ke sini..eerrmmm..